Online Diary CeRekA aKu & kaMi: ~~Coretenku~~

Friday, January 8, 2010

~~Coretenku~~

Salam..

Hurm..lately..seems angah je yg rajin hapdet n of course alang dh bce kesemuanya..

~blushing~bnyk jugak nme alang disebut..(cewah..::mood:perasan..::)

Sbnrnye,mlm nie xde la niat nk merapu cgt like my others entri..

Alang dh lame nk hapdet but suddenly i hve some prob but alhamdullillah..dh di atasi n bpe2 hari nie x leh nk connect internt~bil x byar..hahaha~

20 tahun?Umurku 20 tahun?

Jom..read my story..

Mungkin sedar x sedar atau aku sendiri x menyedarinya. But pngkal no 2 dihadapan umurku ini membawa makna yang amat besar dlm hidup.

Kalau ku lihat ke belakang sudah tentu air mata jernih ini akan mengalir. Dalam hatiku amat menyesali tiap perkara yang pernah terjadi di sepanjang usiaku. Aku sering berfikir tatkala aku menemui sinar...ya..nur dlm hidup..

Di awal umur 19 tahun..bru aku dapat melepaskan diri dari 'diriku' yang dulu. Beban dan payah bermaharaja dalam hati. Tiap hari air mata ini mengalir mengenang tiap dosa. Berubah?Perkataan yang amat membebankan.

Orang lain boleh mengeluarkan pelbagai statement apabila kita berubah nmun percayalah ianya bukan mudah. Mudah dipandangan mata kasar but berat bagi yang melakukannya.

Teringat pertama kali tudung labuh ku kenakan sewaktu ke sekolah.

Ya...perasaan yang ckup penuh dengan simbolik bagi aku.

Apbila aku menanggalkan sweater yang melindungi diri dari kesejukan pagi ke sekolah...terpamerlah tudung labuh yang ku pakai.

Teringat kata-kata dan mimik muka rakan-rakan(terutama yang berkonvoi ke sekolah dgn ku)
Mereka terkejut..berkata..n aku??hanya tersnyum...

Namun, andai mereka mampu menilik..sudah tentu debar jantungku ini dpt dirasai.

(Irhas lagi teruk..de ckp aku alang berubah sbb teh???adeh...)

Aku biarkan semua orng membuat andaian masing2. Tidak ingin aku melontar sepatah kata pun..biarlah resah perasaanku ketika itu dihiasi dgn senyuman.

Mungkin semua memandang jelek dgn perubhnku. Ilmuku pun belum mantap..imanku masih longgar namun ku kuatkan hati memakai tudung labuh. Kenapa??adakah sekadar ingin menunjuk???(ku biarkan juga orang lain membuat spekulsi..dan x ingin aku membakanginya)

Selepas hari itu jadilah aku seorang gadis bertudung labuh. Mungkin orang lain memandang sinis. Maklumlah..gaya percakapanku..tutur kataku tidaklah sesopan gadis bertudung labuh yang lain. Aku kasar bila berbicara..aku lantang pabila berkata2..(tambah2 bila marah...mungkin caki maki turut keluar dari mulutku)

Namun,andai mereka bisa mengerti. Mengubah habit yang kebiasaan dilakukan memang payah. Aku dulu seorang gadis yang kasar,garang~mungkin~,mulut laser~absolutely~,dan..lain2 lagi yang mungkin x perlu aku ceritakan.

So, berubah itu amat perit. Namunku gagahi. Alhamdulillah..walaupun sedikit n aku masih belum mampu menjaga tingkah lakuku sepenuhnya, namun insyaallah gadis ini akan terus berusha.

Kalau dulu aku juga seorang gadis yang memandang pelik gadis bertudung labuh n of course aku juga bersangaka buruk seperti orang lain yang..."si gadis tudung labuh hanya berlagak alim"
Namun,pabila aku sendiri menempatkan diri dalam keadaan ini..aku mula sedar. Sebenarnya mereka bukan begitu.

Pabila mengenakan tudung labuh. Satu perasaan tanggungjwab...tnggungjwab yang amat berat ku rasakan tergalas di bahu ini. Ye...perasaan untuk terus berubah dan sudah tentu turut ingin melihat mereka yang berada di sekelilingku berubah.

Namun,lantaran diriku yang masih belum kukuh..aku juga tidak yakin memberi patah nasihat atau teguran kepada mereka..but..aku amat menyayangi mereka. Aku ingin muslimat2 di sekelilingku ini menjdi serikandi islam...jadilah mawar berduri. Jaga dan lindungilah maruah diri.
(Angah n achik...alang syg sgt2 kat korang)

Dan kesekian kalinya..aku masih lagi bertatih untuk berubah. Dalam meniti perubahan ini...berkali2 kakiku tersadung...berjuta2 kali aku tersungkur. Sakit, pedih dan payah. Namun, aku punya perinsip..."aku tak akan menoleh ke blkng lagi".

Biarlah aku tercedera parah sekali pun dalam misiku untuk berubah ini...aku akan laluinya. Insyaallah..

p/s:Alang cter nie as dedikasi untuk angah...(alang taw angah sedang berusha untuk berubh...n achik juga begitu~iknow~)

Bukan niat alang nk kecikkan hati korang. Korang berdua bgus..de sikap yang alang puji. Korang berani. Namun, jauh di sudut hati alang..alang risaukan korang. But,jangan dirisau cara pemakaian. Maksud alang..berubah bukan hanya dengan mengubah cara berpakaian. Pakai yang biase2 tp tutup aurat..2 je. Islam tak pernah membebankan hambanya.

Berubah la dgn mantapkan diri dgn ilmu. Tambahkan ilmu...(nnti nk jadi mama...tnggungjwab nk ajar baby2 taw)

0pps...panjg cgt asenye coretan kali ini. So, alang noktahkan di sini. Hope..coretan kali ini tidak mengguriskan mana2 pihak. I luv u all...

Kepada yang jejaka..."jadilah lelaki acuan al-quran"
Kepada si gadis pulak.."jadilah mawar berduri...cntik..tp bukan mudah untuk dihinggapi"

Wallahu'alam.

Wasalam,
Alang

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen