Online Diary CeRekA aKu & kaMi: Pemilik Cinta&Kasihku

Monday, January 11, 2010

Pemilik Cinta&Kasihku

Andai ditanya erti kasih kepadaku..
Sudah tentu aku terpana untuk menjawab.
Andai ditanya erti cinta kepadaku,
Sudah pasti mindaku melayang untuk memikirkannya.
Namun...terpana dan melayangnya aku..
Aku masih dapat memahami,
Bahawa cinta dan kasih itu milik ALLAH.

Mereka sering bertanya...
Siapa cintamu...?
Siapa kasihmu...?
Namun aku..hanya membisu...
Kerana aku tahu..cinta dan kasih yang mereka maksudkan..
Bukanlah kepada yang berHAK...

Mereka bertanya lagi...
Siapakah yang berHAK ke atas kasihmu..?
Ke atas cintamu...?
Dan aku..hanya tersenyum..
Kerana aku lebih mengerti...
Siapa yang berHAK untuk cinta dan kasihku..
Insyaallah..

Arisha aka reramaChumey~alang~
12 jan 2010
at 12:49am

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen