Online Diary CeRekA aKu & kaMi: ~ TintaKu buat KAMI ~

Tuesday, July 13, 2010

~ TintaKu buat KAMI ~


Kalam Sepi : Terbang Kembali

Mungkin benar perubahan itu amat berat,
Tidak semudah mengungkapnya,
Dan mungkin kerana itu,
Hati ini terlalu berat menghadapinyai.

Dulu mungkin sayapku teguh,
Menongkah arus lantas terbang tinggi,
Namun kini sayapku lemah,
Hanya mampu merenung langit,
Lantas aku titipkan doa,
Agar aku mampu kembali terbang tinggi.

Perubahan indah yang aku harapkan,
Rintihan jiwa yang aku terima,
Namun aku tahu,
Mungkin ini yang terbaik buatku.

Akhirnya aku sedar,
Kalam sepi hanya untuk luahan hati,
Dan ujian ini mungkin mematangkan,
Untuk sayapku kembali teguh.

Insyaallah

alang
08:38pm

Kalam Sepi : Rebah Ke Bumi

~Aku menginginkan panas..namun kedinginan hujan yang aku perolehi. Tatkala hati dipagut kecewa muncul sang pelangi menceriakan jiwa.~

Dalam tak ku sangka,
Di saat kata-kata ini dituturkan,
Akulah insan tabah untuk mengucapkannya,
Namun..tabahku kini tidak seperti dulu,
Lantas..sayapku patah..rebah ke bumi.

Aku mula tersedar kelemahan diri,
Mencari insan yang mampu menenangkan,
Sungguh perasaa ini menyesakkan jiwa.
Dunia baruku penuh liku yang tak ku sangka.

Kini, aku kembali menongkah arus,
Mencari kembali ketabahan diri,
Dunia baruku ini terpaksa aku lalui,
Kerana sebelum ini aku yang memilih.

Aku masih mencari harapan yang telah terputus,
Menghapuskan esak yang menyesakkan jiwa,
Melenyapkan kerisauan yang melanda,
Kerana perjalananku teramatlah panjang.

alang
12.08 pm

Kalam Sepi : Dunia Baru

Aku mentafsir sebuah dunia baru,
Mencari tiap jalan yang membuka tiap langkah,
Ku harapkan pedoman dan ketabahan melindungi jiwa,
Lindungilah aku wahai pemilik diriku.

Aku merenung ke dunia baruku,
Tanpa aku sedari,
Hati dan minda ini meronta untuk kembali ke masa lalu,
Namun, akhirnya aku sedar realitinya di sini.

Ku masih menghayati tiap garis yang baru,
Lantas ku titipkan doa buat diriku,
Moga gadis ini kuat menghadapi dunia barunya.
Amin Ya Allah..lindungilah aku dengan LINDUNGAN KASIHMU.

alang
4 july 2010

p/s: all off dis is my "luahan hati" alang di dalam menempuh life bru alang. Mungkin dunia baru ini tak seperti yang alang sangka..namun..terpaksa juga ditempuhi kerana alang sudah di sini. Buat KAMI.. gud luck..miss all of u..doakan lang kuat n tabahnya..luv all!!


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen