Online Diary CeRekA aKu & kaMi: ~Diam itu bermakna~

Thursday, March 11, 2010

~Diam itu bermakna~

Andai berdiam diri itu lebih baik..mengapa perlu aku bersuara.
Andai penaku menjadi tatapan..dan andai bicaranya menjadi ikutan,
Mengapa perlu aku gundah dan keresahan?

Aku gundah kerana bicaranya jauh menyimpang,
Aku gundah kerana bicaranya asyik dengan khayalan,
Aku gundah kerana bicaranya penuh dengan ketidak jujuran,
Aku gundah kerana semuanya berakhir dengan satu tanda persoalan.

Walau berdiam diri itu lebih baik..
Namun aku tidak mengerti mengapa penaku masih menari.
Ya..mungkin kerana aku sendiri ingin meluahkan ketidakpuasan hati.
Namun,adakah ketidakpuasan hati ini harus terluah..
Dan akhirnya memburukan keadaan?

Tidak mungkin.
Aku sebolehnya tak ingin memburukan keadaan,
Dan tak ingin juga terus membuat luahan..
Kerana penaku dan bicaranya tidak seiring.

Andai aku meluah dan dia berbicara,
Akhirnya tetap tiada kesimpulan kerana,
Cerita aku dan bicaranya berbeza,
Walaupun saling bercerita tentang benda yang sama.

Kenapa wujud perbezaan??
Jangan ditanya kepada mata penaku,
Tapi tanyalah pada bicaranya.

Andai dia terus memutarbelitkan bicaranya,
Pasti penaku yang kelihatan khilafnya.
Namun,biarlah insan lain hanya nampak kekhilafanku,
Kerana aku tak ingin membuka hijabnya.

Penaku dan bicaranya saling mengerti apa yang terjadi,
Andai penaku atau bicaranya yang diselubungi,
Warna indah sebagai penghiasan segala penipuan,
Biarlah insan lain yang menilai,
Kerana aku tidak ingin mengulas,
Kerana ulasanku bisa membuka tiap hijab,
Yang akhirnya semua akan terluka.

Aku noktahkan di sini,
Insan yang mengenali penaku,
Pasti sedar yang aku tidak mudah menerima,
Andai semuanya terlalu cepat menilai.

ALANG


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen