Online Diary CeRekA aKu & kaMi: Memori Terindah

Sunday, March 7, 2010

Memori Terindah

Alhamdulillah. Keluargaku makin besar dengan kelahiran adikku yang ke-6. Berada hampir sepanjang masa menanti kelahiran adikku ini banyak memberi keinsafan dan menguatkan diri untuk menjadi gadis yang lebih bertanggungjawab dan matang.

Melihat mama yang berhadapan dengan kesakitan seawal jam satu pagi sehinggalah jam 5.03am amat-amat memberi kesan yang mendalam dalam jiwa. Sepanjang perjalanan ke hospital..aku berada di samping mama. Namun, aku sebagai insan yang tidak berpengalaman memang tidak banyak yang dapat aku bantu.

Menanti di bilik menunggu tatkala ayah dan mama di dalam dewan bersalin memang mencemaskan aku. Kadang-kadang terdengar jeritan m
ama yang menanggung kesakitan....terdengar juga mama beristigfar dan terdengar juga suara lembut ayah menenangkan mama. Sungguh aku terpegun melihat keberanian ayah untuk bersama-sama mama sehinggalah selesai adikku dilahirkan. Alhamdulillah.

Setelah berjam-jam aku menanti di bilik menunggu akhirnya dapat juga aku menjadi kakak 1st yang menatap wajah adik baruku ini. Baby boy...hehehe. Moga menjadi anak yang soleh. Aminnn..

Sepatutnya adikku lahir minggu depan..jangkaan doktor 13 march....Memang aku amat menanti kelahiran keluarga baru ini dan kerana tanggungjawab ini aku terpaksa melepaskan peluang
untuk menyertai event yang dianjurkan oleh komuniti kesayanganku. Namun Allah itu maha berkuasa. Si kecil ini lahir awal dan hasrat aku dan adik-adik ku yang lain yang tak sabar menanti kelahirannya terjawab. Alhamdulillah.

Dan sekarang setiap detik aku bagai terasa ingin sentiasa berdampingan dan menatap wajah keluarga baru kami itu. ~comey nye adik along..hehehe~



Buat masa ini aku mungkin busy kerana aku dah berjanji ngan mama seawal mama mengandung lagi untuk menjaga adikku ini.
Hehehe..i'm so excited nk jage baby. So, sepanjang mama berpantang dan juga mybe dalam sebulan nie pergerakan aku menjadi terbatas. Hendak pergi kerja pun mybe kene bincang balik ngan mama(selamat la my bos is my mama.. >_< ). Hahaha..anak dara mama de 2 owng..aku n kembarku..hehehe..tp kembarku busy ckit kerana sedang LI..aku?penanam anggur terhormat yang hanya berkerja di tempat yang aku menjadi bos kecik. So, buat masa skung busy nk jge mama...baby..n menggantikan tempat bos besar..lalala

Wasalam,
Alang

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen